Monday, 24 February 2014

A Glance of JAD-MJHEP

Aku rasa mesti ramai yang tertanya-tanya apo kebende JAD-MJHEP ni. So, aku ingin memberi sedikit gambaran tentang program ni. Lagipun aku baru je lepas interview untuk program ni. tidak salah rasanya untuk aku memberi dan berkongsi sedikit ilmu.

About JAD-MJHEP


  • Japanese Associate Degree-Malaysia Japan Higher Education Project merupakan program berkembar (3 tahun di Malaysia & 2 tahun di Jepun)
  • Program ini merupakan kesinambungan daripada Dasar Pandang Ke Timur yang memberi peluang kepada bumiputra untuk menyambung pelajaran di Jepun. Hal ini turut membolehkan pelajar menerapkan budaya dan etika kerja jepun apabila berada di alam pekerjaan kelak.
  • Pada asalnya program ini adalah untuk pelajar MRSM, namun bermula 2007 program ini dibuka untuk semua lepasan SPM
  • Pada tahun 2014, permohonan adalah sebanyak 33,000. Manakala yang terpilih untuk temuduga dianggarkan sejumlah 600 orang. Untuk kemasukan pula hanya 150 orang yang diperlukan. Di Pahang sahaja jumlah yang menghadiri temuduga ialah 14 orang.
  • JAD ialah program biasiswa sepenuhnya yang tidak tertakluk kepada mana2 kontrak. Bermaksud penerima tidak perlu membayar walau seposen pun dan bebas memilih pekerjaan selepas graduate.
  • Jumlah biasiswa yang diberi ialah elaun sara diri sebanyak RM450 sebulan di Malaysia dan RM6000 sebulan di Jepun. Yuran pengajian dan elaun buku disediakan menjadikan program ini antara biasiswa terkaya di Malaysia.
  • Meskipun begitu, sekiranya penerima gagal mengekalkan prestasi akademik dan menunjukkan sahsiah yang kurang elok, biasiswa akan ditarik balik. Lantas, penerima perlu membayar balik semua biasiswa yang telah diperolehi.
  • Setiap pelajar akan ditempatkan di MJII, Beranang, Selangor selama 3 tahun sebelum fly ke universiti di Jepun. Pada ketika ini sebanyak 10 universiti awam dan 10 universti swasta di Jepun yang didaftarkan bersama program ini.
  • Mempunyai asas Bahasa Jepun pasti membantu, namun setiap pelajar pasti akan menguasai Bahasa Jepun dalam masa 3 bulan sahaja hasil modul 20 jam seminggu di MJII.
  • Semasa semester pertama, bahasa pengantar ialah Inggeris. Selepas itu, semua pelajaran akan diajar sepenuhnya mengikut silabus Jepun.
  • Kursus yang ditawarkan ialah kejuruteraan mekanikal atau kejuruteraan elektrik sahaja di peringkat awal. Namun, pengkhususan boleh dibuat semasa menyambung pelajaran di Jepun nanti.
  • Setelah tamat pengajian, pelajar boleh memilih untuk bekerja atau menyambung pelajaran di peringkat Master (masih ditanggung MARA sepenuhnya) selama 3 tahun.

Saturday, 1 February 2014

First Gaji

Orait, setelah sebulan wa tunggu akhirnya wa dapat gak gaji pertama gua. Tapi, jujur kabo wa langsung tak puas hati. Ok fine. Memang wa ade banyak short, tpi kalau setakat lapan hinggit kire cincai je la bos. Tu pun nak berkira. Padahal duit banyak lagi. Hish... Apapun bersyukur je la apa yang ada. Mungkin ade hikmah di sebalik semua ni.Secara tak langsung, abis punah segala yang aku plan :

1. Nak belanja famili KFC
2. Belanja awek Secret Recipe
3. Kasut jog baru
4. Tukar brake disc

Ok, mungkin aku patut berhenti kerja. Kerja nak pegang duit ni memang tak sesuai agaknya untuk aku. Tekad aku nak cari kerja baru yang lebih memuaskan hati daripada kerja ni.I'm sorry boss for not being a good employee, maybe you can find someone a lot better than me!