About JAD-MJHEP
- Japanese Associate Degree-Malaysia Japan Higher Education Project merupakan program berkembar (3 tahun di Malaysia & 2 tahun di Jepun)
- Program ini merupakan kesinambungan daripada Dasar Pandang Ke Timur yang memberi peluang kepada bumiputra untuk menyambung pelajaran di Jepun. Hal ini turut membolehkan pelajar menerapkan budaya dan etika kerja jepun apabila berada di alam pekerjaan kelak.
- Pada asalnya program ini adalah untuk pelajar MRSM, namun bermula 2007 program ini dibuka untuk semua lepasan SPM
- Pada tahun 2014, permohonan adalah sebanyak 33,000. Manakala yang terpilih untuk temuduga dianggarkan sejumlah 600 orang. Untuk kemasukan pula hanya 150 orang yang diperlukan. Di Pahang sahaja jumlah yang menghadiri temuduga ialah 14 orang.
- JAD ialah program biasiswa sepenuhnya yang tidak tertakluk kepada mana2 kontrak. Bermaksud penerima tidak perlu membayar walau seposen pun dan bebas memilih pekerjaan selepas graduate.
- Jumlah biasiswa yang diberi ialah elaun sara diri sebanyak RM450 sebulan di Malaysia dan RM6000 sebulan di Jepun. Yuran pengajian dan elaun buku disediakan menjadikan program ini antara biasiswa terkaya di Malaysia.
- Meskipun begitu, sekiranya penerima gagal mengekalkan prestasi akademik dan menunjukkan sahsiah yang kurang elok, biasiswa akan ditarik balik. Lantas, penerima perlu membayar balik semua biasiswa yang telah diperolehi.
- Setiap pelajar akan ditempatkan di MJII, Beranang, Selangor selama 3 tahun sebelum fly ke universiti di Jepun. Pada ketika ini sebanyak 10 universiti awam dan 10 universti swasta di Jepun yang didaftarkan bersama program ini.
- Mempunyai asas Bahasa Jepun pasti membantu, namun setiap pelajar pasti akan menguasai Bahasa Jepun dalam masa 3 bulan sahaja hasil modul 20 jam seminggu di MJII.
- Semasa semester pertama, bahasa pengantar ialah Inggeris. Selepas itu, semua pelajaran akan diajar sepenuhnya mengikut silabus Jepun.
- Kursus yang ditawarkan ialah kejuruteraan mekanikal atau kejuruteraan elektrik sahaja di peringkat awal. Namun, pengkhususan boleh dibuat semasa menyambung pelajaran di Jepun nanti.
- Setelah tamat pengajian, pelajar boleh memilih untuk bekerja atau menyambung pelajaran di peringkat Master (masih ditanggung MARA sepenuhnya) selama 3 tahun.
About Interview
Aku dipilh untuk sesi interview di Pahang yang bertempat di Swiss Garden Resort and Spa,Cherating. Pelajar yang menghadiri temuduga ini hanya 10 orang lelaki dan 4 orang perempuan. Terdapat 3 orang pelajar SEMSAS, seorang dari SESMA,SESTER dan SAHUT, juga seorang pelajar Maahad Tahfiz Pahang serta seorang pelajar MRSM Tun Ghafar Baba. Perempuan pula seorang dari TKC, STF dan SMA Al-Ehsan. Kira grand jugalah temuduga ni.
Sesi dimulakan dengan ujian bertulis pada jam 8.30 sharp. Masa diberi selama 1 jam beserta 25 soalan objektif dan 5 soalan subjektif. Tanpa kalkulator dan formula, peserta akan diuji dari sudut matematik tambahan, fizik dan kimia. Dan keputusan ujian ini antara penyumbang terbesar bagi temuduga ini.
Seterusnya bermula sesi temuduga. Temuduga pada kali ini berbentuk 'pairing' dimana 2 orang akan di temuduga sekaligus. Temuduga ini dapat membuat perbandingan jelas antara 2 calon dan memerlukan setiap calon bersaing bagi merebut perhatian panel. Namun kebarangkalian kedua2 peserta dipilih, seorang sahaja dipilh atau kedua2 tidak terpilih.
Panel penemuduga pada kali ini ialah seorang pensyarah matematik dan seorang pegawai kewangan MARA. Sesi temuduga dijalankan sepenuhnya dalam bahasa inggeris, namun sedikit kesalahan tatabahasa atau vocab masih dimaafkan. Hal ini kerana apa yang ingin dilihat dalam setiap calon ialah keupayaan untuk membentangkan idea dengan jelas dan yakin(menipu sedikit masih dibolehkan). Soalan2 temuduga pula hanya basic contohnya:
Good Luck and Ganbatte Kudasai!
Panel penemuduga pada kali ini ialah seorang pensyarah matematik dan seorang pegawai kewangan MARA. Sesi temuduga dijalankan sepenuhnya dalam bahasa inggeris, namun sedikit kesalahan tatabahasa atau vocab masih dimaafkan. Hal ini kerana apa yang ingin dilihat dalam setiap calon ialah keupayaan untuk membentangkan idea dengan jelas dan yakin(menipu sedikit masih dibolehkan). Soalan2 temuduga pula hanya basic contohnya:
- Describe yourself;
- Why did you choose this program instead of JPA & others?
- Why did you choose this course?
- What is your ambition?
- Yang selebihnya merupakan soalan tentang apa yang dijawab dalam soalan diatas
- Lastly, trigonometry question ; sin 60; tan 90: cos 30: ?
Good Luck and Ganbatte Kudasai!
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteDpt tak bro ??
ReplyDeletebackground JAD-MJHEP kena bgtau gak ke ?
ReplyDeleteBackground maksudnya?
DeleteThis comment has been removed by the author.
Deletehurm . about JAD-MJHEP y ko share tu.. dia tnya ke? just asking for my interview:>
DeleteDepends jgak. sometimes dia tanya. Kes aq dia x tanya pun
Deletemcm susah je interview ni. aku dpt utk sesi 2017 ni.. nervous dah lah bi terabur
ReplyDeleteaq dpt 2017 punya takut2 bi hambur ni ...wkwkw
ReplyDeleteArea mana ?
DeleteAku dah takut dah nak pergi interview ni 😂ðŸ˜
ReplyDeleteAku dah takut dah nak pergi interview ni 😂ðŸ˜
ReplyDeleteAde ujian bertulis ke?susah x?
ReplyDeleteNak tnye
ReplyDeleteInterview tu mmg dalam bi ke boleh pilih
" And warning if you are choosen for this scholarship, your name will be blocked meaning that you won't be getting other scholarship or offer from any other university. So, make sure that you really want to proceed or taking another course."
ReplyDeleteCan I ask something, ini maksudnya kalau kita dapat atau kalau kita terima? Thanks
sorry for the late reply. xde la. actually it is just a gimmick. xnak bagi orang keluar. tapi personal advice, kalau dapat janganla reject. program ni serius untung!
DeleteAssalamualaikum...kalau nak masuk yang untuk mjii (bukan jad-mjhep) ni,ade interview ke?
ReplyDelete